Masalah kemurungan atau depression dalam kalangan wanita bukan sesuatu yang baru. Malah sejak akhir-akhir ni kita selalu mendengar penyakit-penyakit kronik disebabkan oleh depression yang tidak terkawal.
Sebenarnya orang perempuan ni mempunyai tahap stress 2 kali ganda berbanding lelaki.
Ini kerana lelaki lebih terbuka dalam menerima tekanan. Berbeza dengan orang perempuan, bila kita mengalami tekanan, kita cenderung berasa rendah diri dan mudah hilang kawalan.
Stress dengan suami yang tidak memahami
Stress dengan anak-anak yang tidak mendengar kata
Stress dengan masalah di tempat kerja
Stress dengan masalah kewangan
Dan pelbagai lagi stress yang dialami oleh seorang wanita.
Ini mungkin sedikit tips boleh kita amalkan bersama-sama.
1. Hargai diri sendiri.
Selagi kita tidak menghargai diri sendiri, kita tidak akan mendapat penghargaan orang lain termasuk suami sekalipun.
Saya bagi contoh paling mudah. Ada 4 orang anak menantu. Semua bekerjaya kecuali kita. Adakah kita berasa rendah diri?
Jika Ya. Maka kita belum benar-benar menghargai diri sendiri.
Jika kita kenal potensi diri, Inn Sha Allah kita tidak sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain.
2. Upgrade Value
Sekarang zaman MENAMBAH NILAI DIRI. Masuk kelas yang boleh menambah nilai diri. Masuk kelas masakan, kelas belajar bakeri, kelas mengaji.
Tak boleh hadir kelas secara berdepan. Masuk kelas online. Tak dapat kelas berbayar cari kelas yang free.
Tingkatkan nilai diri untuk membina keyakinan sendiri. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
3. Keluar Bersosial.
Ini memang masalah setiap suri rumah, termasuk Kak Miah sendiri. Kita duduk terperuk dalam rumah 24 jam, 7 hari seminggu.
Kawan-kawan,
Bila banyak bergerak suatu zat kimia akan di lepaskan, hormon stress akan berkurang kerana darah, energy dan idea mengalir.
Jadi marilah kita sama-sama keluar dan melihat dunia.
4. Pemakanan.
Makan memang sinonim dengan orang perempuan al maklumlah chef sepenuh masa di rumah. Makanan ni banyak mempengaruhi ketenangan emosi kita.
Banyakkan makan makanan berkhasiat. Sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan kurang-kurangkanlah mengunyah yer
5. Bersyukur dan memaafkan
Bersyukur bukan hanya dengan lisan tapi perlu disertai dengan hati dan perlakuan. Kadang-kadang kita stress sangat dengan anak-anak, dengan suami, dengan kerja.
Tapi jika kita bersyukur, stress itu akan lari sejauh-jauhnya meninggalkan kita.
Sebelum tidur maafkan semua orang. Inn Sha Allah, bangun pagi dengan penuh semangat.
6. Tarik nafas dan lepaskan
Kita dah set semuanya perfect. Tiada cacat cela walaupun hanya susunan peralatan dapur. Tiba-tiba ada yang rosakkannya. Stress yang amat, Allah ja tau.
Kawan-kawan,
Ada masa kita kena belajar melepaskan. Tarik nafas dalam-dalam terima hakikat kita manusia biasa yang lemah. Perancangan kita belum tentu terbaik. Allah lah sebaik-baik perancang.
Redho dan senyumlah. Inn Sha Allah sesuatu yang lebih manis dan indah, hikmah atas setiap peristiwa.
Jika rasa posting ini bermanfaat, silakan #share. Maaf #copypaste tidak dibenarkan.
Harmiah Tahir
#InspirasiSuriRumah
0 comments:
Post a Comment