Kemahiran membaca ni boleh anak kuasai seawal usia 5 tahun dan WAJIB PANDAI MEMBACA sebelum melangkah ke darjah 1.
2 kesan jika anak tak pandai membaca pada usia 7 tahun (Darjah 1)
1 - Ketinggalan dalam pelajaran
Sekolah rendah bukan tempat untuk mereka yang baru nak belajar membaca. Jumlah pelajar yang ramai tidak memungkinkan guru-guru untuk fokus pada anak kita seorang.
Ditambah dengan silibus sekarang ni jauh berbeza dengan kita dahulu. Jika tak pandai membaca, anak akan jauh ketinggalan. Ini realiti.
2 - Hilang keyakinan diri
Disebabkan tak pandai membaca, anak-anak tak dapat bersaing dengan kawan-kawan menyebabkan mereka rasa rendah diri dan hilang keyakinan.
Ini sedikit tips yang boleh Kak Miah share untuk mak-mak yang nak memastikan anak-anak pandai membaca sebelum melangkah ke darjah 1.
1. Set KPI (Key Performance Indicator)
Ya, walaupun kita hanya mak-mak tetap kena ada KPI untuk anak-anak. Contoh KPI:
Umur 4 Tahun dah kuasai abjad ABC
Umur 5 Tahun dah boleh sebut suku kata
Umur 6 Tahun dah pandai membaca
2. Pelan Tindakan
KPI saja tak bermakna tanpa disusuli pelan tindakan.
✅ Contohnya Untuk anak kenal ABC kena sediakan Flash card. Flash card tidak perlu beli mahal-mahal.
Boleh buat abjad ABC menggunakan bahan terbuang seperti kotak dan sebagainya. Buat bersama-sama anak. Warnakan supaya lebih menarik. Aktiviti ini lebih menyeronokkan.
✅ Beli buku kemahiran membaca. Ada banyak buku kaedah cepat membaca dipasaran contohnya Bacalah Anakku, Ekspress-i oleh Bonda Nor. Ini pelaburan, buku ni boleh digunakan untuk beberapa generasi.
✅ Set masa belajar bersama anak. Tak perlu lama, dalam 10 hingga 15 minit. Anak-anak pada usia ni daya fokus mereka hanya sekejap. Menurut kajian, daya fokus manusia ni mengikut umur.
Anak 4 tahun, boleh fokus hanya 4-5 minit.
Anak 5 tahun, 5-6 minit. Yang penting adalah disiplin dan konsisten ajar setiap hari.
Semoga dengan sedikit usaha kecil ini dapat membantu meringan tugas guru-guru di sekolah dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang, Inn Sha Allah.
Jika rasa posting ini bermanfaat silakan #share. Maaf #copypaste tidak dibenarkan.
Harmiah Tahir
Ibu 4 Hero Malaya
#InspirasiSuriRumah
Pingat Pertama Amin!
8 years ago





0 comments:
Post a Comment