Kemahiran membaca ni boleh anak kuasai seawal usia 5 tahun dan WAJIB PANDAI MEMBACA sebelum melangkah ke darjah 1.
2 kesan jika anak tak pandai membaca pada usia 7 tahun (Darjah 1)
1 - Ketinggalan dalam pelajaran
Sekolah rendah bukan tempat untuk mereka yang baru nak belajar membaca. Jumlah pelajar yang ramai tidak memungkinkan guru-guru untuk fokus pada anak kita seorang.
Ditambah dengan silibus sekarang ni jauh berbeza dengan kita dahulu. Jika tak pandai membaca, anak akan jauh ketinggalan. Ini realiti.
2 - Hilang keyakinan diri
Disebabkan tak pandai membaca, anak-anak tak dapat bersaing dengan kawan-kawan menyebabkan mereka rasa rendah diri dan hilang keyakinan.
Ini sedikit tips yang boleh Kak Miah share untuk mak-mak yang nak memastikan anak-anak pandai membaca sebelum melangkah ke darjah 1.
1. Set KPI (Key Performance Indicator)
Ya, walaupun kita hanya mak-mak tetap kena ada KPI untuk anak-anak. Contoh KPI:
Umur 4 Tahun dah kuasai abjad ABC
Umur 5 Tahun dah boleh sebut suku kata
Umur 6 Tahun dah pandai membaca
2. Pelan Tindakan
KPI saja tak bermakna tanpa disusuli pelan tindakan.
✅ Contohnya Untuk anak kenal ABC kena sediakan Flash card. Flash card tidak perlu beli mahal-mahal.
Boleh buat abjad ABC menggunakan bahan terbuang seperti kotak dan sebagainya. Buat bersama-sama anak. Warnakan supaya lebih menarik. Aktiviti ini lebih menyeronokkan.
✅ Beli buku kemahiran membaca. Ada banyak buku kaedah cepat membaca dipasaran contohnya Bacalah Anakku, Ekspress-i oleh Bonda Nor. Ini pelaburan, buku ni boleh digunakan untuk beberapa generasi.
✅ Set masa belajar bersama anak. Tak perlu lama, dalam 10 hingga 15 minit. Anak-anak pada usia ni daya fokus mereka hanya sekejap. Menurut kajian, daya fokus manusia ni mengikut umur.
Anak 4 tahun, boleh fokus hanya 4-5 minit.
Anak 5 tahun, 5-6 minit. Yang penting adalah disiplin dan konsisten ajar setiap hari.
Semoga dengan sedikit usaha kecil ini dapat membantu meringan tugas guru-guru di sekolah dalam melahirkan anak-anak yang cemerlang, Inn Sha Allah.
Jika rasa posting ini bermanfaat silakan #share. Maaf #copypaste tidak dibenarkan.
Harmiah Tahir
Ibu 4 Hero Malaya
#InspirasiSuriRumah
Tuesday, October 15, 2019
Anak Cepat Membaca : Apa peranan ibu??
Posted by myah at 12:46 PM 0 comments
Thursday, October 10, 2019
WANITA DAN STRESS
Masalah kemurungan atau depression dalam kalangan wanita bukan sesuatu yang baru. Malah sejak akhir-akhir ni kita selalu mendengar penyakit-penyakit kronik disebabkan oleh depression yang tidak terkawal.
Sebenarnya orang perempuan ni mempunyai tahap stress 2 kali ganda berbanding lelaki.
Ini kerana lelaki lebih terbuka dalam menerima tekanan. Berbeza dengan orang perempuan, bila kita mengalami tekanan, kita cenderung berasa rendah diri dan mudah hilang kawalan.
Stress dengan suami yang tidak memahami
Stress dengan anak-anak yang tidak mendengar kata
Stress dengan masalah di tempat kerja
Stress dengan masalah kewangan
Dan pelbagai lagi stress yang dialami oleh seorang wanita.
Ini mungkin sedikit tips boleh kita amalkan bersama-sama.
1. Hargai diri sendiri.
Selagi kita tidak menghargai diri sendiri, kita tidak akan mendapat penghargaan orang lain termasuk suami sekalipun.
Saya bagi contoh paling mudah. Ada 4 orang anak menantu. Semua bekerjaya kecuali kita. Adakah kita berasa rendah diri?
Jika Ya. Maka kita belum benar-benar menghargai diri sendiri.
Jika kita kenal potensi diri, Inn Sha Allah kita tidak sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain.
2. Upgrade Value
Sekarang zaman MENAMBAH NILAI DIRI. Masuk kelas yang boleh menambah nilai diri. Masuk kelas masakan, kelas belajar bakeri, kelas mengaji.
Tak boleh hadir kelas secara berdepan. Masuk kelas online. Tak dapat kelas berbayar cari kelas yang free.
Tingkatkan nilai diri untuk membina keyakinan sendiri. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
3. Keluar Bersosial.
Ini memang masalah setiap suri rumah, termasuk Kak Miah sendiri. Kita duduk terperuk dalam rumah 24 jam, 7 hari seminggu.
Kawan-kawan,
Bila banyak bergerak suatu zat kimia akan di lepaskan, hormon stress akan berkurang kerana darah, energy dan idea mengalir.
Jadi marilah kita sama-sama keluar dan melihat dunia.
4. Pemakanan.
Makan memang sinonim dengan orang perempuan al maklumlah chef sepenuh masa di rumah. Makanan ni banyak mempengaruhi ketenangan emosi kita.
Banyakkan makan makanan berkhasiat. Sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan kurang-kurangkanlah mengunyah yer
5. Bersyukur dan memaafkan
Bersyukur bukan hanya dengan lisan tapi perlu disertai dengan hati dan perlakuan. Kadang-kadang kita stress sangat dengan anak-anak, dengan suami, dengan kerja.
Tapi jika kita bersyukur, stress itu akan lari sejauh-jauhnya meninggalkan kita.
Sebelum tidur maafkan semua orang. Inn Sha Allah, bangun pagi dengan penuh semangat.
6. Tarik nafas dan lepaskan
Kita dah set semuanya perfect. Tiada cacat cela walaupun hanya susunan peralatan dapur. Tiba-tiba ada yang rosakkannya. Stress yang amat, Allah ja tau.
Kawan-kawan,
Ada masa kita kena belajar melepaskan. Tarik nafas dalam-dalam terima hakikat kita manusia biasa yang lemah. Perancangan kita belum tentu terbaik. Allah lah sebaik-baik perancang.
Redho dan senyumlah. Inn Sha Allah sesuatu yang lebih manis dan indah, hikmah atas setiap peristiwa.
Jika rasa posting ini bermanfaat, silakan #share. Maaf #copypaste tidak dibenarkan.
Harmiah Tahir
#InspirasiSuriRumah
Posted by myah at 3:55 PM 0 comments
Tuesday, October 1, 2019
Anak Lelaki vs Anak Perempuan : Cara mendidik dari sudut Psikologi Bahagian I
Anak lelaki sesuai dengan perwatakannya yang simple, dia lebih suka nasihat yang simple dan tidak panjang berjela. "Direct to the point"
So, mak ayah yang ada anak lelaki, lepas ni kena kurangkan membebel. Sebaliknya kena jadi "role model". Tunjuk cara, tunjuk contoh, itu lebih berkesan dari bebelan.
Nak anak lelaki jadi rajin? Kita kena tunjuk kerajinan kita pada dia. Agihkan tugas pada mereka. Jangan biar dia main gajet lepas tu kita membebel. "Abang ni asyik main gajet je"
Cara ni bukan saja kurang berkesan, tapi juga menjadikan anak-anak semakin jauh.
Berbeza dengan anak perempuan. Dia lebih suka mendengar nasihat orang yang rapat dengan dia.
Walaupun panjang berjela. Tapi sekali dia dah suka pada seseorang, dia akan selesa dan akan akur pada nasihat.
So, anak perempuan cara mudah nak dia dengar nasihat. Banyaklah mendekati, dengar luahan hatinya, dengar ceritanya. Kemudian barulah kita boleh menjadi penasihat yang baik untuknya.
#Arahan
Bila mengarahkan anak lelaki, kena beritahu dengan jelas contoh :
"Baju kotor, abang kena letak dalam bakul."
Untuk anak perempuan. Arahan atau kritikan kena disertai pujian. Contoh:
"Kakak nampak cantik hari ni, kalau kakak tolong ibu basuh pinggan tu mesti lagi cantik"
#Kehendak
Anak lelaki ni bila dia mahu kan sesuatu biasanya dia nak cepat. Kalau kita kata:
"Sabar abang, Mak nak guna telefon ni dulu". Biasanya menyebabkan dia memberontak.
Kena beri penjelasan.
"Maaf abang, mak nak guna telefon ni untuk cari duit. Supaya bila mak ada duit, mak boleh belanja abang makan sedap-sedap"
Berbeza dengan anak perempuan. Lebih memahami dan lebih mudah bertolak ansur jika kita bijak berdiplomasi.
#Kesimpulannya
Anak lelaki banyak guna logik, anak perempuan banyak guna emosi. So, kita sebagai ibu bapa kena belajar supaya pandai tackle benda ni.
Semoga Allah permudahkan kita semua dalam proses mendidik anak-anak.
#PsikologiMendidikAnak
Posted by myah at 3:49 PM 0 comments
Wednesday, August 21, 2019
JANGAN ARAH DAN MARAH
Bila anak tak minat belajar itulah proses paling sukar, bukan saja untuk seorang guru tapi juga bagi Mak Ayah.
Sebab tu penting ilmu #Psikologi dalam pendidikan. Ini kemahiran yang perlu dipelajari.
Tujuannya supaya kita tidak asyik
"Arah dan Marah"
Salah satu teori yang boleh kita gunakan adalah Teori pelaziman klasik . Menurut teori ni, kita tidak perlu terlalu memaksa anak belajar atau menjanjikan ganjaran untuk mereka di rumah.
Tapi sebaliknya kena semai kesedaran sendiri dan cinta kepada pelajaran melalui motivasi yang berterusan.
#InspirasiParenting
Posted by myah at 11:11 AM 0 comments
Saturday, August 10, 2019
Monday, July 15, 2019
RAGAM ANAK-ANAKKU
Hari ni Kak Miah mengubah rutin. Biasanya tengahari ambil Ilyas (Tadika Kemas) berjalan kaki ja sebab sekolah dekat.
Hud (Prasekolah) pula dibiar balik dengan Abang Zaki sebab hari isnin jadual abah fit, tak dapat dia hantar balik sekejap.
So hari ni, ibu jemput dua-duanya dengan kereta. Semua semangat termasuklah sikecik Hadi.
"Ala ibu, kita balik rumahkah?"
Haha diorang ingat ibu bawa berjalan 😄. Sampai ja rumah, dua-dua kelam kabut mandi dan tukar baju.
Tengok diorang pakai baju apa? Baju baru 😅. Mujur Hadi tidak terpengaruh dengan peel 2 orang abangnya ni.
Siapa anaknya macam ni? Asyik mau pakai baju baru setiap hari, poning kolapa omak. Alahai anak 😬.
#Kakmiah
#CeritaAnakAnak
Posted by myah at 1:55 PM 0 comments
Friday, July 12, 2019
CARA MEMOTIVASI ANAK-ANAK
Motivasi berasal dari perkataan bahasa Inggeris MOTIVATION, gabungan antara "motive" dan "action".
Bahasa mudahnya, orang yang bermotivasi ni dia tau hala tujunya dan apa yang perlu dia buat untuk mencapai tujuan itu.
Contohnya, anak-anak yang mempunyai motivasi belajar yang tinggi biasanya lebih cenderung untuk berjaya berbanding anak yang kurang bermotivasi.
5 cara mewujudkan motivasi anak-anak.
#1 - Mengatasi masalah
Bila anak ada masalah di sekolah. Mak bapa kena berjumpa dengan cikgu dan berbincang cara untuk selesaikan masalah itu. Jangan biarkan masalah itu berlanjutan.
#2 - Bersikap realistik
Ajar anak menetapkan matlamat sesuai dengan minat mereka supaya lebih mudah untuk dicapai.
#3 - Bebas berpendapat
Berikan anak ruang untuk memberikan pendapat. Kita mak bapa atau guru hanya sebagai pendorong dan bantu mereka mana yang perlu sahaja.
#4 - Bertindak positif
Bila anak-anak senang hati, tindakannya pasti positif. Itu pasti.
#5 - Beri penghargaan
Penghargaan ini sangat penting untuk anak-anak. Bila diberi penghargaan secara tidak langsung semangat nak belajar itu akan semakin meningkat.
Harmiah Tahir
Jom motivasi anak-anak!
Posted by myah at 9:36 PM 0 comments
Thursday, May 2, 2019
3 SEBAB ANAK MALAS BELAJAR
Hari ni agak kelam kabut sikit. Ilyas mendung pagi ni, mujur tak hujan. Ingatnya cuti seminggu barangkali 😄
"Ilyas mau pandai membaca kan?, macam Abang Hud, jadi mesti rajin pergi sekolah. Kalau malas nanti lambat pandai"
Dia diam.
Sampai sekolah muka dah cerah. Anak-anak ni kena psikologi ja. Diorang belum faham kenapa mereka perlu ke sekolah.
Dalam Buku Tips Pandai Belajar dikongsikan 3 sebab kenapa anak malas belajar.
#1 - Diri mereka sendiri
Mereka belum faham matlamat atau tujuan sebenar mereka belajar. sebab tu mereka kurang bermotivasi.
Mak ayah kena sentiasa ingatkan anak, kenapa perlu belajar dan apa akibat jika tak belajar.
#2 - Persekitaran
Mak ayah yang terlalu sibuk sehinggakan tidak ada masa memberi perhatian pada pembelajaran anak.
Atau pun mak ayah yang jenis marah dan mengarah saja, tidak meluangkan masa belajar bersama-sama anak. Ini memberi kesan besar pada keseronokan mereka untuk belajar.
#3 - Kaedah @ Teknik pembelajaran.
Kaedah atau teknik pembelajaran itu membosankan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar.
Jadi kena kreatif mencipta suasana belajar yang menyeronokkan.
#Kakmiah
#InspirasiSuriRumah
Posted by myah at 1:05 PM 0 comments
Friday, April 12, 2019
Ada apa dengan sekeping roti??
Kisahnya bermula dengan seorang lelaki yang beribadah selama 70 tahun, tidak pernah turun (beranjak), kecuali pada suatu hari ketika ada syaitan yang datang menyerupai seorang perempuan.
Kemudian, ahli ibadah ini hidup bersama perempuan tersebut selama 7 hari 7 malam.
Setelah itu, dia keluar dan bertaubat. Setiap kali dia melangkahkan kaki untuk melakukan sesuatu, dia selalu solat dan bersujud.
Suatu malam dia berlindung di sebuah kedai, di sana terdapat 12 orang miskin. Karena merasa sangat letih, akhirnya dia beristirehat di antara dua belas orang lelaki miskin tadi.
Tiba-tiba seorang rahib datang, setiap malam dia memang akan mengagihkan roti pada orang-orang miskin ini.
Rahib itu lalu di hadapan lelaki yang bertaubat tadi, dia mengira lelaki ini juga orang miskin. Lalu dia memberinya satu keping roti besar.
Ada satu orang miskin yang belum mendapat roti, lalu bertanya kepada rahib, "Mengapa anda tidak memberi aku roti?"
Rahib yang mengagihkan roti itu menjawab, "Sesungguhnya malam ini aku tidak memberimu sesuatu apa pun"
Lalu lelaki yang bertaubat itu memperhatikan roti yang dipegangnya, kemudian memberikannya kepada si miskin yang tidak mendapat bahagian dan kelihatan sangat memerlukan karena lapar dan letih.
Keesokan harinya, lelaki yang bertaubat itu meninggal.
Ketika ibadahnya selama 70 tahun ditimbang dengan kemaksiatannya selama 7 malam. Ternyata lebih berat keburukannya yang 7 malam.
Kemudian kebaikannya memberi sepotong roti ditimbang dengan kemaksiatannya selama 7 malam, dan lebih berat kebaikannya memberi roti.
Kata Abu Musa sebelum dia wafat, 'Wahai anakku, ingat-ingatlah kisah si pemberi roti ini."
Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini:
#1 - Hebatnya nilai sedekah. Sedekah dapat menghapus kesalahan yang sangat besar.
#2 - Usah memandang serong pada seorang yang melakukan dosa, boleh saja taubatnya dan amalannya selepas itu menjadi penghapus pada dosa-dosanya yang lepas.
Semoga Kak Miah dan yang membaca kisah ini turut mendapat suntikan semangat, bersedekah walaupun hanya sekeping roti.
#Kakmiah
#KisahInspirasi
Posted by myah at 8:31 AM 0 comments













