Dah lama habis baca buku ni.
Kisah seorang Atheis, Ahli kaji bintang yang tidak percaya kewujudan Tuhan, tapi akhirnya bila melalui satu peristiwa kegagalan 11 bintang sejajar yang akhirnya membawa kepada bencana Tsunami di Malaysia.
Mengorbankan ribuan nyawa dan harta benda.
Dia berusaha mencari sebab logik dalam ilmu sains, tapi Prof Dr Fayyad tidak menemuinya.
Sehinggalah satu hari,
Sebuah buku lama, yang berdebu dan lesu. Dicapainya, debu yang ada di atasnya dihembus angin kencang. Al-Quranul karim, Terjemahan dan Tafsir.
"Alif Laam Mim..
Inilah kitab yang tidak ada keraguan padanya. Petunjuk kepada mereka yang bertaqwa..."
Selepas menghabiskan muka surat yang pertama. Dia menggigil, badannya berpeluh. Hatinya bagai digugah sesuatu. Matanya berair, seperti dipasak kata-kata luar biasa. Nalurinya disentuh. Ajaibnya kata-kata ini.
Bermula dari situ, dia memulakan pencarian mendekati PENCIPTA. Bermula dari kawasan kejiranan sampailah ke Kota Mekah.
Pengembaraan dan perjalanan menentang bisikan-bisikan Dajjal sehingga datangnya Imam Mahdi.
Memberi pengajaran yang sangat besar, bahawa di akhir Zaman, bila makanan tiada dan semua manusia yang tinggal kebuluran. Penyakit berjangkit semakin berleluasa.
Kemudian datang Dajjal menghulurkan makanan dan bantuan, hati kita boleh saja terpedaya kecuali kita benar-benar beriman kepada Allah.
Allahu Akhbar,
Walaupun hanya sebuah cerita novel tapi kita berasa seolah-olah dunia semakin di penghujung, ditambah lagi dengan Tsunami negara jiran yang jarak hanya sejengkal dalam peta dunia.
Beratus nyawa lagi diragut Tsunami Selat Sunda. Semoga mereka diberi ketabahan dalam menempuh dugaan dan semoga kita sentiasa mengambil Ibrah dari setiap peristiwa.
#Kakmiah
#InspirasiBuatKu
Tuesday, December 25, 2018
TSUNAMI AKHIR ZAMAN
Posted by myah at 3:38 PM 0 comments
Saturday, October 13, 2018
TIPS MENINGKATKAN FOKUS ANAK
Ramai mak mengeluh sebab anak kurang fokus ketika belajar. Fokus ni adalah memberi tumpuan secara fizikal dan mental.
Fokus bukan dinilai dari jumlah jam belajar tapi berapa banyak dia dapat semasa proses pembelajaran berlaku .
Ini antara tips yang mungkin boleh membantu meningkatkan fokus anak.
1. Tutup TV atau jauhkan Gajet
Bila anak mula belajar, pastikan bukan di hadapan TV atau tutup TV terus untuk mengelakkan gangguan bunyi bising yang boleh mengganggu tumpuan belajar.
2. Tetapkan Rutin
Buat jadual yang fleksibel. Walaupun fleksibel tapi tetap kena pantau. Menetapkan rutin dan mengulanginya setiap hari akan membantu anak lebih disiplin. Tindakan ini dipanggil "Mind Setting".
3. Bagi Anak Ruang Untuk Beriadah
Masa riadah ni bukan saja membantu FOKUS MENTAL untuk anak tapi juga membantu meningkatkan kecergasan fizikal. Anak yang sihat dan cergas mempunyai daya fokus lebih tinggi.
4. Beri anak makanan berkhasiat.
Anak yang Fokus biasanya sebab perutnya kenyang, bukan terlebih kenyang. Bila perut kosong, otakpun susah nak fokus.
Elakkan makanan ringan yang mengandungi perisa dan pewarna yang banyak.
P/s Anak yang fokus ketika belajar lebih mudah skor dalam sebarang bentuk ujian dan peperiksan.
Posted by myah at 6:05 AM 0 comments
Sunday, July 22, 2018
HILANGNYA KASIH SEORANG IBU
Isu pembuangan bayi selalu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Kebanyakannya menyalahkan dan mengutuk Si Ibu yang dilihat tidak ada peri kemanusian.
Kalau diselami naluri sebenar seorang ibu, perbuatan membuang bayi sepatutnya tidak berlaku. Anak ini umpama nyawa bagi seorang ibu.
Jika kita renung-renung kenapa agaknya isu ini berterusan dan seakan tiada kesudahannya.
#1 - Keruntuhan Institusi Keluarga
Kes perceraian adalah salah satu faktor menyebabkan anak-anak terbiar dan membesar tanpa kasih sayang. Yang membawa kepada masalah sosial, terutamanya pergaulan bebas.
Di Malaysia dianggarkan perceraian 156 pasangan sehari atau 6 pasangan dalam masa sejam. Sangat menyedihkan.
#2 - Kurangnya Didikan Agama
Sudah dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud "Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al Ankabut, 29: 45)
Kawan-kawan, jom sama-sama didik anak-anak dengan solat seawal usia mereka. Hanya ini benteng yang boleh mencegah mereka daripada melakukan maksiat yang akhirnya membawa kepada gejala pembuangan bayi.
#3 - Sikap Masyarakat
Sikap masyakat terutamanya masyarakat bandar yang semakin berpegang dengan pepatah "Jangan Jaga Tepi Kain Orang". Kita membiarkan muda mudi hanyut dengan pergaulan bebas dan membawa kepada isu hamil tanpa nikah.
Sungguh, Isu pembuangan bayi ini sangat menyedihkan. Seolah-olah seorang ibu itu sudah hilang naluri keibuannya.
Tapi jika ditelusuri dari aspek yang lain, yang patut kita fikirkan adalah peranan kita dalam membanteras isu ini daripada terus membelenggu masyarakat.
Tiada cara lain dan tiada jalan pintas. Melainkan baik pulih institusi keluarga.
Daripada kita asyik menyalahkan "Si Ibu" akibat perbuatannya yang sangat terkutuk. Adalah lebih baik kita muhasabah diri. Bina keluarga, bentuk anak-anak menjadi anak-anak yang soleh solehah.
Ibarat kata pepatah "Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya"
Harmiah Tahir
Sekadar ingatan untuk diri sendiri
Posted by myah at 6:44 AM 0 comments
Saturday, July 21, 2018
KITA ACUAN ANAK-ANAK
"Mana oye, nanti emuk". Selamba dia jawab 😂
Ceritanya hari tu masa makan tengahari dengan abah dia, dia nak tambah nasi. Abah cakap "tak payah nanti gemuk". Dia pun diam dan cuci tangan.
Kak Miah ingat dia lupa. Rupanya otaknya dah proses dan hadam, tunggu untuk di luah semula.
Anak, Umur Ilyas, 3 tahun. Daya serap sangat tinggi. Apa yang dilihat, apa yang dia dengar sangat mudah masuk dan menyerap.
Kalau baik yang diserap maka baiklah hasilnya
Tapi sebaliknya kalau perkara negatif yang ada di sekelilingnya, maka itulah yang berlegar dalam pemikirannya.
Sebab tu sangat penting environment yang baik untuk anak-anak. Rumah ada environment pertama, tempat paling ampuh memulakan proses pendidikan anak-anak.
Bukan mudah tapi kita boleh berusaha sebaik mungkin. Kan??
#Kakmiah
Posted by myah at 10:55 PM 0 comments









