Alhamdulillah...syukur 21 hari bulan ogos ( sabtu )....aku pergi ke Klinik Sahriani untuk scan..untuk memastikan kandunganku sihat..bersama cik abang aku...sampai jam jam 9 lebih..agak lama jugak menunggu...10 orang lagi sebelum aku...apabila sampai turn aku..aku dan abangpun masuk...bila baring jak..malu plak abang tengok hehe..lucu..abang pegang kaki, suruh baca bismillah..tersentuhla plak..kalo bersalin nanti abang ada kan bagus...scan tu..mula2 Doktor tunjuk kepala...tangan, kaki...kemudian jantina jeng..jeng..."Jelas,"doktor cakap "cuba teka"...aku terpinga2 aku nampak tapi ndak dapat mo meneka..Doktor cakap tu 2 bijinya...hehe geli hati plak aku...barula aku dapat gambaran....alhamdulillah Doktor cakap InnsyaAllah semua normal....aku gembira sebab suamiku gembira..memang dia berharap anak lelaki..katanya anak lelaki boleh jaga umminya..hehe..anak lelaki boleh jaga adik2nya...Ya Allah mudah2anlah anak lelaki yang bakal lahir dari rahimku ini...anak yang soleh..yang lembut hatinya..Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif........Ya Allah, peliharalah anakku ini selama dia berada dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tiada penyembuhan selain penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada dalamkandunganku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasulmu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari rahimku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanla dia sihat yang sempurna dan pandai, alim dan beramal, Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah tubuhnya, baikkanlah akhlaknya, fasihkan lisannya baguskan suaranya untk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
Pingat Pertama Amin!
8 years ago




0 comments:
Post a Comment