Isu pembuangan bayi selalu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Kebanyakannya menyalahkan dan mengutuk Si Ibu yang dilihat tidak ada peri kemanusian.
Kalau diselami naluri sebenar seorang ibu, perbuatan membuang bayi sepatutnya tidak berlaku. Anak ini umpama nyawa bagi seorang ibu.
Jika kita renung-renung kenapa agaknya isu ini berterusan dan seakan tiada kesudahannya.
#1 - Keruntuhan Institusi Keluarga
Kes perceraian adalah salah satu faktor menyebabkan anak-anak terbiar dan membesar tanpa kasih sayang. Yang membawa kepada masalah sosial, terutamanya pergaulan bebas.
Di Malaysia dianggarkan perceraian 156 pasangan sehari atau 6 pasangan dalam masa sejam. Sangat menyedihkan.
#2 - Kurangnya Didikan Agama
Sudah dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud "Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar" (Surah Al Ankabut, 29: 45)
Kawan-kawan, jom sama-sama didik anak-anak dengan solat seawal usia mereka. Hanya ini benteng yang boleh mencegah mereka daripada melakukan maksiat yang akhirnya membawa kepada gejala pembuangan bayi.
#3 - Sikap Masyarakat
Sikap masyakat terutamanya masyarakat bandar yang semakin berpegang dengan pepatah "Jangan Jaga Tepi Kain Orang". Kita membiarkan muda mudi hanyut dengan pergaulan bebas dan membawa kepada isu hamil tanpa nikah.
Sungguh, Isu pembuangan bayi ini sangat menyedihkan. Seolah-olah seorang ibu itu sudah hilang naluri keibuannya.
Tapi jika ditelusuri dari aspek yang lain, yang patut kita fikirkan adalah peranan kita dalam membanteras isu ini daripada terus membelenggu masyarakat.
Tiada cara lain dan tiada jalan pintas. Melainkan baik pulih institusi keluarga.
Daripada kita asyik menyalahkan "Si Ibu" akibat perbuatannya yang sangat terkutuk. Adalah lebih baik kita muhasabah diri. Bina keluarga, bentuk anak-anak menjadi anak-anak yang soleh solehah.
Ibarat kata pepatah "Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya"
Harmiah Tahir
Sekadar ingatan untuk diri sendiri
Pingat Pertama Amin!
8 years ago






