? ??????????????Punk Collage? ????? ?? ???Rating: 4.7 (400 Ratings)??287 Grabs Today. 70973 Total Grabs. ?
?????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????23?? ?????Sound Wave? ????? ?? ???Rating: 4.6 (30 Ratings)??274 Grabs Today. 21633 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ??????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 16, 2009

BAKAL KELUARGAKU


Tak sangka...tak lama lagi aku ada keluarga baru...huhu

hidup ini

hidup ni memang susah untuk dijangkakan...
apa yang bakal berlaku tidak dapat kita duga..
yang pasti hidup mesti diteruskan..

Luahan Rasa3

assalamualaikum..
luahan rasa ku yang seterusnya....
jangan boring ya..
sekadar ingin berkongsi rasa...
hari ni hari terakhir aku di sekolah...esok aku crk da...
napa ya..aku tak gembira...
mungkin bila di rumah aku gembira kot....huhuhuh
dia jugak manusia biasa...itu yang aku slalu ingatkan diri

dia orang buat jamuan hari ni...sedapnya

Luahan rasa 2

salam
kadang-kadang tidak semua yang kita mau kita dapat
kita kena redho tentang itu...
tapi salah ka kita mengharap..
mengharap sesuatu yang lebih baik...mengharap sesuatu yang pernah kita rasa suatu ketika dahulu...huhu
hari ni aku balik rumah...nenek dan datuk sampai hari ni dari indon...
aku pun tak tau apa perasaan ku saat ini....gembira? sejak akhir2 ni kegembiraan itu bukan lagi milikku...nak senyum terasa payah....

Wednesday, November 11, 2009

sekadar luahan rasa

Assalamualaikum,
kepada semua yang membaca..
hari ni da 11 Nov 2009 bersamaan berapa hijrah ek?...lupa tau memang aku ni tak prihatin huhu
Gundah..gelisah, resah, itu yang aku rasa....
fikir2 skali tak baik mcm tu...kena redho semua ujian Allah..

Monday, October 12, 2009

BUDAK2 PMR 2009


SAMBUTAN HARI RAYA DI ASRAMA

Program Suasana Hari Raya di asrama dilihat berjaya mencapai objektifnya..kegembiraan yang terpancar di wajah anak-anak puteri ini jelas kelihatan. Kehadiran pengetua, PKP dan PK HEM menambahkan lagi seri di Hari Raya...SELAMAT HARI RAYA MINAL AIDIL WAL FA IZIN

Thursday, October 1, 2009

KELUARGA KAMI

perbincangan 2 buah keluarga yang bakal bersatu



KEBAYA TUK BAKAL ISTERI


TELEKUNG KASIH


BUAH CINTA TUK BAKAL ISTERI



ni saya bagi dengan dia.....sy gubah sendiri..cantik tak kak su?

khas untuk kak su, ni la suasana masa tu..hehe

Tuesday, August 11, 2009

Hasil kreativiti...


Monday, August 3, 2009

Penanda buku PPIM


Khas tuk pelajar-pelajar yang dikasihi....lihatlah hasil kerja kakak-kakak form 5 cantik kan?
PPIM ada jual penanda buku jenis ni...
sapa-sapa yang berminat bolehlah tempah ngan bdk2 PPIM tau cikgu

Friday, July 24, 2009

Kenangan makan hotel

Pasukan KBSM


Warna putih berseri-seri...

PUTERI PEJUANG AGAMA

Monday, July 20, 2009


aku bersama budak2 PPIM

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SMAS - PPIM



Tahniah cikgu ucapkan kepada pelajar-pelajar PPIM walaupun hanya dapat sagu hati tapi cikgu bangga kamu da tunjukkan kesungguhan....belajar pun buat gitu ek

Friday, July 10, 2009

ASAT 2009

EPILOG SEMALAM




Dedikasi khas buat insan yang bernama ibu,yang belum pernah ku cium manja dahinya,belum pernahpun kulihat wajahnya walau sekali cuma.

Dedikasi khas untuk masyarakat agar memahami dilema dan perasaan anak yang tak berbapa,hentikan membuat spekulasi dan pandangan negatif terhadap anak luar nikah.

Dedikasi khas buat remaja Adam dan Hawa yang sedang enak diburu dengan perasaan cinta sementara, membiar nafsu merajai hati,membuang ketepi sebab dan akibat hanya kerana sedetik kepuasan yang tak kekal lama; sementara cuma...





Kutiplah sisa-sisa pengalamanku ini sebagai pengajaran. Bimbang mendung semalam akan berulang.



*********



Tatkala awan kelabu mula mundur untuk pulang ke kamar peraduan,sepasang pipit comel masih menari mengikut lagu hatinya. Kelihatan bayu malam seakan tidak sabar-sabar untuk keluar berjalan. Iman Nadrah masih leka dibelai angin petang yang berpuput lembut menghempas pipinya. Seketika,tudung biru yang dipakainya menari mengikut rentak angin. Sepasang matanya masih tak berkedip memandang ke arah langit. Ya,hidup ini umpama langit, bisik hatinya. Langit tak selalunya cerah. Dan dia akur andai hidup ini tak akan selalunya indah. Sejenak, mindanya menayangkan kembali video rakaman hidupnya lima tahun lepas.

“Iman,asal nama ayah kau Abdullah? Bukan ke orang panggil ayah kau Pak Leman,” tanya Badrul.

”Ye lah iman. Asal ek? Entah-entah kau bukan anak Pak Leman,” ujar Rizal dalam nada menyindir diiringi gelak tawa teman-temannya. Saat itu,Iman cuba memekakkan telinga. Dia tepu,jemu dengan sindiran teman-temannya terutama Rizal. Persoalan mereka sebentar tadi dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Lantas, Iman meneruskan latihan matematik yang diberikan oleh cikgu Latifah. Di satu sudut di hujung kamarnya, iman diam membatu. Dirinya seakan mengiyakan persoalan Rizal. Walaupun dia masih belum sepenuhnya mengerti akan semua itu,tapi naluri ingin tahu yang menjalar dalam hatinya mendesak dia untuk bertanya pada ayahnya segera. Lantas,dia menuju ke arah Pak Leman yang asyik membelek akhbar.

“Ayah, tadi ada kawan Iman tanya kenapa dalam buku Iman nama Iman Nadrah binti Abdullah bukan Sulaiman? Bukan ke nama sebenar ayah Sulaiman?”

Seketika Mak Leha berhenti melipat kain. Berdebar menanti reaksi dan tindakan suaminya. ”Hmm,Iman,kawan-kawan Iman mungkin tak tahu kalau ayah Iman ada dua nama.”

Tersenyum Mak Leha.Lega.

”Boleh ke seorang tu ada dua nama? Iman masih belum berpuas hati.

”Hmm,boleh. Mari duduk atas riba ayah sayang,bacakan surat khabar ni untuk ayah,Iman kan dah pandai membaca,mata ayah pedih la,” pujuk Pak Leman untuk mengalihkan perhatian Iman. Pak Leman mengeluh kecil. Bimbang rahsia akan terbongkar,tapi sampai bila? Iman berhak untuk mengetahuinya. Mungkin belum tiba masanya,fikir Pak Leman.

”Iman, Iman anak ayah sayang.”

Tak bersahut.

”Iman dah tidur bang,” sampuk Mak Leha.

Sekejapnya dia lena,ujar Pak Leman perlahan lantas mendukung Iman ke kamarnya.

“Iman!Iman! Isyh,mengelamun pula budak ni,”leter Mak Leha. Lantas Mak Leha menepuk lembut peha anak gadisnya.

”Ya,mak!” serta-merta dia tersedar. Kembali pulang ke alam realiti setelah sejenak di dunia fantasi.

”Dah maghrib ni,tak baik kalau masih diluar, jom masuk!” Lantas tanpa sepatah kalam bicara,Iman menurut kata ibunya.

Dalam menongkah arus kehidupan di dunia yang serba mencabar,acap benar ujian bertandang tanpa diundang. Untuk itu,kita perlu sentiasa bersedia,iman kalau sekadar setebal kulit bawang,mana mungkin dapat digapai walau segenggam tabah. Iman akur,dia perlu tahu ynag dirinya perlu menjadi seperti pohon,tetap menghasilkan buah walau dibaling dengan batu. Dan dia cuba menghadiahkan segaris senyuman pada teman-teman yang masih menghinanya,namun dia tidak setegar itu. Mereka perlu tahu, disebalik senyum palsu itu,hati Iman terluka.

Dia tidak mahu membebankan hati kedua orang tuanya. Kerana Iman sedar,bukan setitis pengorbanan dan kasih sayang Pak Leman dan Mak Leha kepadanya. Iman umpama sebutir mutiara yng bersinar dalam keluarganya.I manlah harapan mereka, Imanlah jantung hati mereka kerana Iman satu-satunya anak mereka. Daun-daun kering yang berguguran walaupan sehelai, semuanya berlaku dengan izin Allah. Suasana nyaman itu agak tenang dan mendamaikan. Namun Iman merasakan hatinya membahang. Memikirkan persoalan yang entahkah wujud atupun tidak jawapannya. Remaja asyik berbicara tentang cinta. Bagi mereka cinta satu kemestian. Melihat teman-teman umpama belangkas kehulur ke hilir demi sesaat kepuasan? Adakah menunggu natijah dan bala baru merasakan keinsafan? Umur baru setahun jagung, hingus masih dilap ibu, sudah pandai bermain api cinta. Apa salah ke,kolot ke mereka yang tidak bercinta?

Hidup dalam kelompok masyarakat yang kebejatan akhlak, Iman harus bijak menilai sesuatu. Manusia memang susah menerima nasihat. Pantang ditegur,mulalah mencerakinkan satu–satu persatu kelemahan orang itu demi menunjukkan bukan dia sahaja yang melakukan kesalahan. Memang benar andai setiap manusia tidak pernah terlepas daripada menelan duri kesilapan dalam kamus hidup. Kalaulah manusia memiliki prinsip seperti padi, makin berisi makin tunduk, pasti semua masalah dapat diuraikan kekusutannya.





“Eh!Iman, kau tak payah la susah-suasah nak nasihat aku. Aku tahulah jaga diri aku. Apa kau bimbang aku jadi macam mak kau?” Ujar Lina dalam nada menyindir.

”Mak aku? Kenapa dengan mak aku?” Soal Iman kebingungan.

”Eleh buat-buat tak tahu! Dasar anak luar nikah!”

Pang! Satu tamparan hebat hadiah daripada Iman atas ucapan Lina.

”Soal maruah diri aku, kau jangan nak main-main! Apa,kau ingat kau..."

Iman tak dapat menahan kata-katanya. Dia sebak lantas mengambil beg dan terus pulang.

Diganggu Rizal

Iman masih dibayangi dengan peristiwa tiga hari lepas. Hatinya tidak tenang. Jiwanya resah. Selesai subjek Sejarah, Iman pulang agak lewat sedikit kerana dia perlu membersihkan kelas. Bimbang dia terlewat kerana jarak rumahnya dengan sekolah bukanlah dekat. Ketika asyik mengemas meja guru,dia terasa bahunya dipegang oleh tangan seseorang. Lantas sepantas kilat dia memalingkan badannya. Tangan itu menjalar ke pipinya. Iman cuba untuk menjerit,namun terhalang seakan kerongkongnya tersumbat.

”Ala,rilek Iman.Ini ringan-ringan je.”

”Binatang kau!” Iman meludah tepat ke arah muka lelaki tersebut lantas bergegas mengambil beg untuk pulang. Kerja membersih kelas dibiarkan separuh jalan. Sambil mengesat mukanya dengan tisu yang tersedia diatas meja guru, dia menjerit:

”Eh anak luar nikah! Sedar diri sikit! Kau tu bukannya suci sangat!”

Persoalan Terungkai

Dia masih lagi trauma dengan kalimah anak luar nikah! Seakan terngiang-ngiang kalimah itu dicuping telinganya. Baru tadi dia memastikan nama ibu pada sijil kelahirannya berbeza dengan nama yang tertera pada kad pengenalan Mak Leha. Tahulah dia bila dipastikan ayahnya yang bernama Abdullah, segalanya terjawab. Benarlah anggapan dan omelan teman-temannya. Kebetulan Pak Leman baru memasuki rumah seusai berjemaah di surau. Lantas Iman menuju ke arah Pak Leman dan memeluk ayahnya seeratnya. Mak Leha bergegas ke ruang tamu tatkala mendengar tangisan anak emas mereka.

Iman menatap mata ayahnya. ”Ayah,jujurlah dengan Iman.Siapa Iman sebenarnya ayah?Katakanlah ayah,Iman bukan anak luar nikah! Iman bukan anak pungut ayah.”

Pak Leman beristighfar. Mengucap. Tergamam. Mak Leha duduk di atas kerusi .Sebak.Terlalu sedih. Hatinya masih belum bersedia untuk kehilangan Iman. Iman seakan orang yang terkena histeria. Masih terkejut dengan rahsia yang baru terbongkar.

”Jadi,Rizal tu……,dan lebih tepat penghulu kampung itu adalah...."

Pak Leman menggangguk walaupaun ayat itu tidak penuh kerana dia seakan dapat membaca fikiran anaknya itu.

Iman masih sedih. Dia masih belum dapat melelapkan mata walau jam telah menunjukkan tepat jam tiga pagi. Persoalannya telah terjawab. Namun dia hilang kepercayaan kepada penghulu. Dimana sikap kepimpinan seorang ketua andai dia membuang cucunya sendiri. Inilah masyarakat yang mengheret sama anak yang tak berdosa ke lembah kemaksiatan bersama ibu bapa mereka. Meskipun mereka semua tahu,andai diberi pilihan,lebih baik tiada daripada ada. Lahir daripada rahim ibu yang memperjudikan hidup dengan setitis nafsu bersama kaum Adam di lembah hina. Namun Iman nekad,walau apapun terjadi,dia tak akan meninggalkan Pak Leman dan Mak Leha meskipun Iman tahu siapa keluarganya yang sebenarnya.

Dua minggu berlalu,ketika kelas matematik riuh rendah apabila seorang anggota polis datang mengetuk pintu. Selepas berbicara dengan cikgu Latifah,kelihatan penghulu yang datang dari arah pejabat terus menerkam ke arah Rizal kerana tuduhan memperkosa Lina,teman sekelasnya. Iman menatap sayu mata insan yang sepatutnya tapi tak selayaknya dipanggil datuk. Dia sedar,semakin tinggi kemajuan,makin lupus ketamadunan .Kuasa dan pangkat menjadi manusia lupa diri. Lantas demi menjaga nama baik keturunannya,Iman Nadrah “dijual” pada pasangan yang berhati mulia untuk menerimanya. Meskipun seakan tidak percaya, Rizal adalah adik kandung pada insan yang telah meminjamkan rahimnya untuk melahirka aku ke dunia. Tidak hairanlah ada yang bertanya,adakah mereka kembar? Rupanya ada rahsia yang tersirat disebalik iras wajah yang tersurat. Dan mereka yang telah menjadikanya telah dihukum buang daerah hampir 15 tahun lepas dan tak dibenarkan pulang ke kampung ini.

Hari Ini..

Ya,Rizal kita tetap saudara. Apa yang terjadi kepada Lina dan Rizal benar-benar memberi keinsafan kepada Iman dan teman-temannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian. Jangan tika ditelus duga kita goyah, tika diberi nikmat kita alpa. Dan Iman perlu untuk menghadapi kenyataan siapa dirinya sebenarnya kerana dia yakin dengan firman Allah di dalam surah Al-furqan ayat ke-25:

"Dialah yang menjadikan manusia dari setitis air mani yang hina dan menciptakan hubungan keturunan (nasab) dan perkahwinan."

Pada insan yang tak layak ku gelar bapa,meninggalkan aku tanpa bicara,moga hidayah Allah membimbingmu sebelum maut menjemput.

Pada ibu yang tak kutahu dimana berada,meskipun payah menerima siapa aku,yang dilahirkan tanpa diundang,terima kasih.

Andai kalian tahu,betapa deritanya aku yang dilahirkan dari setitik nafsumu yang diladungi dosa kemaksiatan, pasti kalian masih tidak mampu untuk menjernihkan kembali kolam hati yang berlumpur kesedihan.

Dan andai diberi kesempatan,dia ingin bersalam dan menzahirkan segalur penghargaan pada seorang insan yang sudi menerima kehadirannya selama 9 bulan di dalam laman rahim seorang wanita.

Dan dia ingin berjumpa dengan lelaki itu,menitipkan kalam keinsafan,sebelum pulang pada Ilahi,biarlah setiap denyut nadi dalam redha dan keampunanNya.

Biarlah yang lepas itu adalah sejarah. Esok adalah masa depan.

Ya allah,kau ampunilah dosa kedua ibu bapaku,kasihi dan terimalah taubat mereka kerana sesungguhnya kau maha pengampun dan penyayang. Aamin.

Thursday, July 9, 2009

PERKHEMAHAN KRS, NGO


ISTERI SOLEHAH IMPIAN SUAMI


Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama. Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:


1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara. 4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.


Izinkan aku kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ku baca untuk renungan bersama. Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan. Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman. Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan. Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar. Wallahualam.

TEKNIK PENGAJARAN SEJARAH MENGGUNAKAN LAGU TEMA

SUMBANGAN BANI UMAIYAH
Lagu tema :Tak Mungkin Kerana Sayang - Alyah

Sumbangan Bani Umaiyah
Empat sistem dari segi politik
Pertama sistem Khalifah
Perlantikan ketua pemerintah

Sistem wazarah pula
perlantikan wazir
untuk ketuai sistem tadbir negara

Bani umaiyah, sistem hijabah
seorang pegawai ditugaskan
memeriksa, temu khalifah
keselamatan dijaga serta sebagai pemegang amanah

urus setia
sistem terakhir
beberapa orang pegawai utama
dilantik kumpulkan rekod
mengurus surat dan sebagainya

c/o segi sosial 4 Jabatan
ditubuhkan di Bani Umaiyah
Urusan am dan cop mohor, pemerintah cukai dan juga surat menyurat

Lahir ramai sasterawan dan juga ilmuan
serta terbina hospital pertama
c/0 Hospital penyakit kusta satu contohnya
proses terjemah pelbagai buku
hakim kenakan hukuman berdasarkan Al-Quran
Sunnah atau Ijmak ulama


penulis lirik : Aziz bin Persan, Mohd. Mahfuzah b. Mahmud, Abdul Syukor b. Masri (4 Ibnu Sina)


TURKI UTHMANIYAH
LAGU TEMA : Dan Sebenarnya

Oh Turki,
Uthmaniyah banyak sumbangannya seperti
Membentuk jalinan perdagangan dunia islam
yang pastinya berpusat di Istanbul
dan sistem organisasi negara

Memperkenalkan sistem madrasah
dan pusat pentadbiran
ilmu pengetahuan yang kian berkembang
dan mewujudkan empayar yang merupakan
kesatuan orang islam
serta membina masjid

Turki juga
menggalak kecemerlangan individu
Turki juga
mewujudkan sistem peundangan
dikenali sebagai kanun suleiman
inilah sumbangan Turki Uthmaniyah

penulis lirik : Norkisah Munih , Irene Natash (4 Ibnu Sina)

Thursday, June 25, 2009

PUTERI PINK

inilah gelagat di orang bila orang ambik gambar...mesti posing,,

SUMANDAK-SUMANDAK SABAH

Gambar semasa malam kebudayaan semasa perkhemahan di kelantan...seronok oh..kelantan negeri yang memang islamic...saya suka negeri tu.. kalo ada peluang nak pegi lagi..makanan murah2..banyak tempat beli belah..sukanya

ANAK BUAH KESAYANGANKU

Nama budak comel ni..Umiratul Umairah..tengok tu senyum sampai tak nampak gigi..hehe.. gambar ni diambik masa majlis aqiqah...sukanya dia ..comel kan macam mak cik dia...